Pages

PESANAN BUAT WANITA

APAKAH YANG PERLU SEORANG WANITA LAKUKAN JIKA....


1. Apakah yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.

 

KISAH KAPUR DAN PEMADAM, AL-QURAN DAN PERMAIDANI

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan.  Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.  Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.  Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita sebagai umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar  bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun anda akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh anda tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain."

 "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.  Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham, cikgu..."

"Baik, permainan kedua..." begitu guru melanjutkan.

"Cikgu ada Al-Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah permaidani. Sekarang anda berdiri di luar permaidani . Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Al-Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak permaidani?"

Murid-muridnya berfikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya permaidani itu dan diambilnya Al-Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak permaidani.

"Murid-murid, begitulah umat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina di hadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari tepi, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.  Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan  mengikuti cara yang mereka. Dan itulah yang mereka inginkan."
 
"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).  Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita."

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid-murid.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."


Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing.

Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.
 
SEBARKANLAH SEMOGA MENJADI MANAFAAT KEPADA ORANG LAIN JUGA.
 
 
Sumbangan Prof Jaa
 

 

FAKTA MENARIK

30 YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

 

AL-KISAH SEBUAH RUMAH

METAFORA MENARIK DARIPADA USTAZ DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. 

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

NASIHAT DARI SAHABAT

"BACA SAMPAI HABIS DAN SEBARKAN"
Kiamat menurut Agama Islam di tandai dengan:
 
- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar-benarnya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati sehingga mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kaabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yang ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

ZIKRULLAH

MENCARI KETENANGAN HATI

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

PETIKAN DARI MYIBRAH

DOA



Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul.

Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.Cerita yang saya dengar itu begini :

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.